Jumaat, November 27, 2015

Gear Ratio Perodua Kenari



Sebenarnya saya telah pun membuat entri terbaru berkenaan dengan topik posting ini di salah satu blog yang saya uruskan, Pomen Yala. Saudara boleh juga jenguk di sana atau pun boleh juga komen pada posting ini.


Posting ini merupakan posting pertama saya sejak menggunakan Blogger dari Google. Jadi, untuk membiasakan diri dengan penggunaannya, elok juga saya post kan sesuatu yang sama-sama kita boleh kongsi manfaat.

Saya lebih kepada ingin bertanya pemilik Perodua Kenari berkenaan dengan Gear Ratio. Ini kerana buat masa sekarang, saya telah pand uji sebuah Perodua Kenari pada kelajuan 100km/j dalam kedudukan gear 5. Pada tahap ini saya dapati enjin rev telah jejak 4500RPM! Wahh.. this is crazy!

Pada fikiran saya, berkemungkinan gear box asal kereta tersebut telah pun ditukar kepada gear box yang rendah ratio nya justeru membuat kan enjin meraung mintak gear enam.

Adakah ini semua mungkin? Anda pernah alaminya? Cara mengatasinya?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan