Isnin, Jun 13, 2016

Kapal Terbang Kawalan Jauh


Sudah lama tidak bersama dengan hobi mainan kapal terbang kawalan jauh ni. Ia juga dikenali dengan nama 'rc plane'. Kali terkahir aku layan hobi ni 7 tahun yang lalu, iaitu pada 2009. Ketika itu masih kedapatan kawasan yang luas dan sesuai untuk hobi ini. Namun demi kelangsungan hidup dan juga pembangunan pesat mula menjelma, kita orang flyers di Kota Damansara terpaksa berpecah dan berselerak.


Setelah sekian lama kini aku kembali aktif dan berminat untuk meneruskan hobi rc plane ini. Dan yang lebih seronok adalah kapal terbang buatan hasil tangan sendiri dengan menggunakan foam jenis depron.





Bermacam-macam jenis kapal terbang yang boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat murah dah boleh di dapati di kedai-kedai berdekatan. Apa yang diperlukan adalah minat, masa, dan rajin berusaha pasti anda juga bole menikmati hobi ini.

Saya akan meneruskan posting untuk kapal terbang yang telah berjaya saya siapkan dan juga review tentang setiap kapal tersebut. Nanti kan pada posting yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan