Jumaat, Disember 02, 2016

Depron F-16 MJ

F-16 MJ
F-16 MJ yang telah siap sepenuhnya bersama corak warna yang diperbuat dari tape OPP.

F-16 MJ yang telah siap sepenuhnya bersama corak warna yang diperbuat dari tape OPP.

Penggemar jet pejuang seperti saya pasti tidak akan melepaskan peluang dalam memiliki serta menerbangkan kapal jenis Fighting Falcon atau dikenali juga dengan F-16.

Setelah puas mencari plan yang sesuai untuk citarasa saya, yang mahukan sebuah kapal F-16 dengan badan penuh (full fuselage), ringan, dan muat untuk di masukkan ke dalam kereta tidak ketemui. Maka saya mereka bentuk sendiri kapal F-16 yang kemudian akan dihasilkan dengan menggunakan kepingan depron.


Ilustrasi Idea






Proses pembuatan bermula dengan idea seterusnya mendapat kan blueprint untuk F-16 yang sebenar ke dalam applikasi Google Sketchup. Setelah ukuran nya siap, pindahan kepada applikasi DoubleCAD XT5 dijalankan.

Penggunaan depron yang sedikit serta proses pembuatan nya yang amat ringkas, saya dapat menyiapkannya dalam masa tidak sampai satu hari. Anda boleh mencubanya dengan memuat turun plan F-16 MJ dari blog saya.

Log Pembuatan


Cetakan plan ditekapkan ke atas kepingan depron dan dipotong mengikut garisan yang disediakan.

Proses pembuatan dimulakan dengan bahagian yang paling mudah, Tail Fin

Pembuatan cockpit juga paling senang dan mudah untuk diselesaikan terlebih dahulu

Lekat kan clear tape pada bahagian belakang cockpit sebelum proses penggarisan dilakukan. Ini bagi mengelakkan kepingan depron patah.

Toreh mengikut garisan yang disediakan tetapi perlua berhati-hati agar tidak putus dua

Selesai proses torehan, lebihan depron yang tidak diperlukan hendaklah dibuang bagi mewujudkan longkang untuk proses seterusnya, hot gluing

Bengkok kan sedikit bahagian ini agar memudakan anda membuat bentuk

Selesai proses torehan, ini lah hasil longkang yang akan di gam kan nanti

Sediakan ampaian bawah


Proses pencatuman secara kasar di antra fuselage dan bahagian bawah kapal. Bila semuanya selari, baru lah di gam kan

Hasil cantuman fuselage dan bahagian bawah

Cara pemasangan tulang motor


Pemasangan yang penuh

Bagi pemasangan sayap, adalah digalakkan anda memasukkan spar sebagai penguat sayap. Spar boleh di jadikan dari kayu hardware, carbon tube, atau pun besi kaki payung. Jika spr bukan pilihan, anda boleh juga menggunakan gabungan KFm2 pada bahagian sayap bagi menguatkan pemasangan nya.

Berikut adalah setup bahan elektronik yang saya pasangkan:
ESC: 30A
Prop: 6x4 APC
AUW: 796g


Prestasi Penerbangan

Boleh dikatakan pesawat F-16 MJ terbang tanpa sebarang masalah dan tidak terlalu banyak trimming yang diperlukan. Ia terus meluncur laju dengan hanya sedikit balingan pada masa awal take off.






Kesimpulan

F-16 MJ merupakan model yang senang dibina dengan hanya memakan masa beberapa jam sahaja. Ia boleh dibina oleh sesiapa sahaja dan mudah diterbangkan. Untuk lebih masa penerbangan, disyorkan agar anda menggunakan lipo 2200mah dan tingkatkan tahap Ampere untuk ESC sekurang-kurangnya 40A. Motor 2200kv hanya cukup untuk menerbangkan nya secara normal. Untuk lebih ummphh dan melakukan pelbagai aksi akrobatik, adalah disarankan anda menggunakan motor sekurang-kurangnya 2700kv.

Jika anda berpeluang untuk membina F-16 MJ, jangan lupa kongsi kan di sini serta bersama teman-teman sepermainan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan