Apa itu Paramotor?
Paramotor adalah nama generik bagi bahagian dorongan paraglider berkuasa(“PPG”). Ia terdiri daripada kerangka yang menggabungkan motor, kipas, abah(dengan tempat duduk bersepadu) dan sangkar. Ia menyediakan dua mata lampiran untuk penaik sayap paraglider yang membolehkan penerbangan berejangan.Sumber: Wikipedia, paramotor.
Dalam merialisasikan projek akhir pelajar tersebut, pihak I.F.O Paramotor telah pun menerbangkan beberapa pelajar dari kumpulan mereka merasai sendiri pengalaman terbang di udara dengan menggunakan pesawat satu enjin dan menggunakan payung terjun sebagai asas apungan. Bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman terbang di udara atau pun mungkin juga ingin menjemput I.F.O Paramotor sebagai gimmik perasmian, boleh lah mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang mereka di sini.
Dengan adanya subjek yang sedemikian rupa, aku berharap agar masyarakat Malaysia khusus nya penduduk setempat di Kelantan memandang sukan paramotor merupakan sukan rakyat yang tidak patut dilepaskan. Begitu juga aku harapkan agak projek akhir pelajar tersebut (Kawan Naim Syauqi) dapat score dengan cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan